Bercakap dari pengalaman, untuk menuju matlamat, terlalu banyak dugaan dan rintangan dan disitu ada pengorbanan yang harus dilakukan. Pengorbanan dalam bentuk bagaimana ? Terlalu luas huraiannya dan yang senang dapat memahaminya hanyalah orang yang pernah dengan serious mengejar apa saja impian dalam hidupnya.
Aku juga ada matlamat, aku juga ada impian tapi ternyata kedua duanya menuntut terlalu banyak pengorbanan. Kalau boleh aku andaikan, matlamat dan impian aku itu ibarat bulan dan bintang, dilihat jelas namun tak tercapai dek tangan. Adakah aku antara orang yang termasuk dalam kelompok 1/10 itu ? Wallahualam.
Ada orang cakap, kamu bukan gagal cuma kamu belum berjaya ! Tapi bagi aku antara gagal dan belum berjaya tak jauh berbeza, kedua duanya memberikan makna bahawa kamu tidak atau belum dapat apa yang kamu hendak. Walaupun kata mereka, orang yang gagal adalah bila orang tu tak berusaha atau tidak bertindak untuk melakukan apa apa sementara orang yang belum berjaya ialah apabila orang tu sudah berusaha cuma kejayaan masih belum menjadi milik dia. Bila aku fikirkan gagal vs belum berjaya, aku rasa dua duanya membawa makna yang sama ....Pendapat anda bagaimana ?
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada Nya lah kamu semua dikembalikan."
Ada orang cakap, kamu bukan gagal cuma kamu belum berjaya ! Tapi bagi aku antara gagal dan belum berjaya tak jauh berbeza, kedua duanya memberikan makna bahawa kamu tidak atau belum dapat apa yang kamu hendak. Walaupun kata mereka, orang yang gagal adalah bila orang tu tak berusaha atau tidak bertindak untuk melakukan apa apa sementara orang yang belum berjaya ialah apabila orang tu sudah berusaha cuma kejayaan masih belum menjadi milik dia. Bila aku fikirkan gagal vs belum berjaya, aku rasa dua duanya membawa makna yang sama ....Pendapat anda bagaimana ?
No comments:
Post a Comment