yang baru berlalu adalah satu perjalanan yang amat melelahkan, tahun yang banyak menguji kesabaran. Geraf Hayat yang mencatatkan turun naiknya nilai hidupku untuk sepanjang tahun menunjukkan 2011 adalah satu tahun yang amat 'memenatkan' dan merupakan tahun 'kehilangan'. ..........sukar untuk percaya tapi itulah hakikatnya. Data dalam Geraf Hayat itu ternyata lebih banyak kebenarannya !
Aduuu......camane pulak tahun 2012 ni....? |
Rasanya boleh aku rumuskan bahawa 2011 adalah tahun 'kehilangan'. Ya....... tahun yang membawa banyak cabaran dan juga kehilangan........ terlalu banyak perkara yang menuntut kesabaran dan menguji diri dalam menerima ketentuan Tuhan.
Namun segala kepayahan itu aku lalui bersama hubby yang sentiasa disisi aku dan dialah merupakan 'Good Supporter' yang paling penting dalam hidup aku. Tanpanya disisi, walau secekal manapun hati, aku tak pasti, mampukah aku mengharungi segenap cabaran yang datang........ Terima kasih Papa !
Ya Allah, terima kasih padaMu kerana masih bagi aku 'kekuatan'
No comments:
Post a Comment