Sesekali bila merenung kembali apa yang telah aku lalui, sebenarnya banyak kepedihan dan keperitan terpaksa aku tempuh. Dalam sabar dan tawakkal, hati tetap terguris dan terluka.Namun dalam duka ada rianya, dalam tangis ada tawanya. Syukur kepada Allah walau dalam keadaan apapun, sentiasa ada yang mendampingi, aku tetap disayangi. Itulah Allah yang Maha Esa dan keluargaku yang tercinta.
Memang aku sedih, memang aku kecewa bila tidak berjaya dalam mengejar impian hidup. Berbagai usaha dan ikhtiar yang aku lakukan ! Aku bergerak dan aku jatuh. Aku bangkit dan ada ketikanya aku menangis kerana 'sakit' dan beginilah...Aku masih disini, orang yang sama, berada ditahap yang sama dan tidak mencapai suatu apa pun yang boleh dibanggakan ! Sesungguhnya ada kalanya aku terasa kehidupan ini adalah sesuatu yang kian membosankan ! Sesekali merasakan bodohnya aku ! betapa tidak beruntungnya aku ! atau malangkah aku.....???
Namun aku tidak alpa, aku sering muhasabah diri, jangan jadi orang yang 'lagha' dalam mengejar dunia. Aku beristighfar, aku berzikir dan aku berdoa.pada Allah s.w.t. Aku mengingatkan diri supaya bersyukur dengan apa yang telah Tuhan kurnia. Kalau sudah menjadi takdirku, bahawa kejayaan bukan milik aku, walau bertungkus lumus dan walau betapa tabah pun aku berusaha untuk mencari dunia, namun ia tetap menjauh dan kian jauh......kerana ia milik Allah yang mungkin ditakdirkan bukan untuk aku !
Tak mengapalah, andainya sudah tersurat bahawa aku adalah salah seorang yang gagal dalam mengejar cita cita, gagal menggenggam kejayaan, gagal mengumpul harta dan kekayaan untuk kesenangan didunia......biarkanlah, aku redha terhadap ketentuan Mu ya Allah....
Aku tetap bersyukur kerana dikurniakan rahmat dan rezeki Mu walau bukan dalam bentuk kekayaan harta dan wang ringgit. Aku bersyukur kerana diberi keluarga yang bahagia, anak anak yang sempurna dan sentiasa dilimpahi dengan kasihsayang dan itu adalah anugerah Allah yang tidak dapat dibeli dengan wang dan harta kekayaan.
Terima kasih Ya Allah atas segala apa yang telah Engkau kurniakan padaku selama ini....
Assalamualaikum and welcome to my Blog........................ Ini adalah paparan blog peribadi yang saya wujudkan semata mata untuk mencoretkan cerita tentang keluarga, rakan dan kenalan serta melakarkan kisah dari pengalaman yang pernah dilalui. Kepada sesiapa yang melayari atau tersinggah dan membaca blog ini, anda juga dialu alukan jika sudi berkongsi cerita, terima kasih dari saya ....
TODD
" Knowledge Is a Comfortable And Necessary Retreat And Shelter For Us In An Advanced Age; And If We Do Not Plant It While Young, It Will Give Us No Shade When We Grow Old " Lord Chesterfield
About Me
- mamachombee
- " Determination, faith and believing in your God given abilities are still some of the keys to personal success " * DO YOU BELIEVE IN MIRACLES * ?
No comments:
Post a Comment