Sesekali bila merenung kembali apa yang telah aku lalui, sebenarnya banyak kepedihan dan keperitan terpaksa aku tempuh. Dalam sabar dan tawakkal, hati tetap terguris dan terluka.Namun dalam duka ada rianya, dalam tangis ada tawanya. Syukur kepada Allah walau dalam keadaan apapun, sentiasa ada yang mendampingi, aku tetap disayangi. Itulah Allah yang Maha Esa dan keluargaku yang tercinta.
Memang aku sedih, memang aku kecewa bila tidak berjaya dalam mengejar impian hidup. Berbagai usaha dan ikhtiar yang aku lakukan ! Aku bergerak dan aku jatuh. Aku bangkit dan ada ketikanya aku menangis kerana 'sakit' dan beginilah...Aku masih disini, orang yang sama, berada ditahap yang sama dan tidak mencapai suatu apa pun yang boleh dibanggakan ! Sesungguhnya ada kalanya aku terasa kehidupan ini adalah sesuatu yang kian membosankan ! Sesekali merasakan bodohnya aku ! betapa tidak beruntungnya aku ! atau malangkah aku.....???
Namun aku tidak alpa, aku sering muhasabah diri, jangan jadi orang yang 'lagha' dalam mengejar dunia. Aku beristighfar, aku berzikir dan aku berdoa.pada Allah s.w.t. Aku mengingatkan diri supaya bersyukur dengan apa yang telah Tuhan kurnia. Kalau sudah menjadi takdirku, bahawa kejayaan bukan milik aku, walau bertungkus lumus dan walau betapa tabah pun aku berusaha untuk mencari dunia, namun ia tetap menjauh dan kian jauh......kerana ia milik Allah yang mungkin ditakdirkan bukan untuk aku !
Tak mengapalah, andainya sudah tersurat bahawa aku adalah salah seorang yang gagal dalam mengejar cita cita, gagal menggenggam kejayaan, gagal mengumpul harta dan kekayaan untuk kesenangan didunia......biarkanlah, aku redha terhadap ketentuan Mu ya Allah....
Aku tetap bersyukur kerana dikurniakan rahmat dan rezeki Mu walau bukan dalam bentuk kekayaan harta dan wang ringgit. Aku bersyukur kerana diberi keluarga yang bahagia, anak anak yang sempurna dan sentiasa dilimpahi dengan kasihsayang dan itu adalah anugerah Allah yang tidak dapat dibeli dengan wang dan harta kekayaan.
Terima kasih Ya Allah atas segala apa yang telah Engkau kurniakan padaku selama ini....
Assalamualaikum and welcome to my Blog........................ Ini adalah paparan blog peribadi yang saya wujudkan semata mata untuk mencoretkan cerita tentang keluarga, rakan dan kenalan serta melakarkan kisah dari pengalaman yang pernah dilalui. Kepada sesiapa yang melayari atau tersinggah dan membaca blog ini, anda juga dialu alukan jika sudi berkongsi cerita, terima kasih dari saya ....
TODD
" Knowledge Is a Comfortable And Necessary Retreat And Shelter For Us In An Advanced Age; And If We Do Not Plant It While Young, It Will Give Us No Shade When We Grow Old " Lord Chesterfield
About Me
- mamachombee
- " Determination, faith and believing in your God given abilities are still some of the keys to personal success " * DO YOU BELIEVE IN MIRACLES * ?
Showing posts with label Catatan. Show all posts
Showing posts with label Catatan. Show all posts
Thursday, 8 November 2012
Wednesday, 7 November 2012
Doa dan Istighfar
Seperti biasa, selepas solat aku berdoa, berzikir, membaca
ayat ayat suci. Itu pun aku lakukan bukan nya setiap waktu. Maklumlah, Iman tak sekental mana namun aku tetap berusaha menjadi hamba Allah yang baik.
Kali ini, sewaktu aku beristighfar, memohon keampunan dari
Allah s.w.t, tiba tiba aku menangis, menangis semahu mahunya, airmataku yang
bercucuran bukanlah lakunan atau paksaan tetapi ia benar benar lahir dari lubuk
hatiku….tiba tiba seperti ada sesuatu yang menyentuh hati kecilku….tidak dapat aku gambarkan bagaimana perasaan ku ketika itu, diri seperti terawang awang....hatiku benar benar tersentuh dan
terasa amat sayu, tidak semena mena aku menangis, menangis terisak isak ! airmata terus bercucuran.....Ya Allah, betapa kerdilnya aku, betapa banyaknya dosaku padaMu ya Allah…Adakah Allah mengampunkan dosa yang telah kuperbuat sehingga ke detik ini…..?
Selesai bersolat, berdoa dan beristighfar pada Allah, aku
masih terisak isak, airmataku masih tetap mengalir. Ya Allah, apakah ini
petanda bahawa MalaikatMu mengaminkan
doaku seperti yang aku dengar dalam
kuliah dan takzirah….? Apakah benar
doaku telah sampai kepada Mu ya Allah…. Kata ustaz, jika semasa kita membaca ayat ayat suci dan berzikir
kepada Allah, hati kita merasa sayu lalu kita mengalirkan airmata dan menangis,
itulah petanda bahawa kita disapa Malaikat dan Malaikat mengaminkan amalan dan
doa kita. Jika benarlah begitu, syukur ku kepada Allah. Terimalah doa dan
taubatku. Ampuni aku yang banyak berdosa padaMu Ya Allah.
Lalu......jauh disudut hati aku mengharapkan, andai tiba masanya Kau ambil aku kembali kepadaMu, Kau ambillah
aku disaat aku dalam keadaan suci dan bersih,
ambillah aku diwaktu aku menyerahkan seluruh jiwa ragaku kepadaMu dan jika kau izinkan, biarlah ku tinggalkan jasadku di dunia ini dalam keadaan yang
suci bersih dan memudahkan sesiapa saja yang menguruskannya, kau bersihkan aku dari segala dosa dosa…. Sesungguhnya, aku sentiasa mengharapkan keberkatan serta rahmat dan redha
Mu ya Allah.
Amin..
Tuesday, 6 November 2012
Pasrah...
Bila sesekali fikiran melayang, mengira langkah yang telah ditinggalkan, terasa betapa beratnya dugaan dan penanggungan, betapa berharganya erti kesabaran. Airmata hanyalah sebagai sandaran supaya jiwa tidak terus tertekan. Menangis....menangislah, kerana kalau dengan melepaskan tangisan, selepas itu kita akan terasa lebih tenang....dan semoga kita akan lebih pasrah pada Allah !
Barangkali hidup tidak akan sesukar yang kita rasakan jika segalanya dipandang remeh tetapi sebagai insan yang dikurniakan akal yang sempurna, kita dibekalkan dengan kewarasan supaya menjadi orang yang baik walau pun tidak sempurna...dan itu bukanlah sesuatu yang mudah dalam keadaan yang serba mencabar...persekitaran yang sentiasa bergolak, mengasak keimanan dan keseimbangan kita dalam menerajui hidup dan memikul tanggungjawab didunia......

Monday, 5 November 2012
Erti kehilangan.....
Hari ini 6 Nov. 2012. Jam sudah berada diangka 2am.
Wah....lama betul aku tak menjengah blog kesayanganku ini. Diam tak diam bulan November sudah datang, menandakan semakin hampir sampai ke bulan terakhir di tahun 2012. Cepatnya masa berlalu...
Tadinya aku terkial kial untuk membuka blog ku ini, dah lupa username & passwordnya. Maklumlah dah berbulan bulan aku tak menyapa blog yang aku cipta ni. Mulanya hati dah risau kut kut kehilangan Blogku ini tapi berkat sabar, akhirnya Alhamdulillah...dapt aku buka kembali blog peribadiku ini.
Rindu benar rasanya untuk bermesra dengan blog ku ini. Banyak yang ingin aku coretkan disini. Namun kekangan masa membuatkan aku terpaksa melupakan blog ku buat seketika....Akibatnya aku jadi terkial kial untuk memuatkan coretanku disini kerana banyak yang aku terlupa.....
Wah....lama betul aku tak menjengah blog kesayanganku ini. Diam tak diam bulan November sudah datang, menandakan semakin hampir sampai ke bulan terakhir di tahun 2012. Cepatnya masa berlalu...
Tadinya aku terkial kial untuk membuka blog ku ini, dah lupa username & passwordnya. Maklumlah dah berbulan bulan aku tak menyapa blog yang aku cipta ni. Mulanya hati dah risau kut kut kehilangan Blogku ini tapi berkat sabar, akhirnya Alhamdulillah...dapt aku buka kembali blog peribadiku ini.
Rindu benar rasanya untuk bermesra dengan blog ku ini. Banyak yang ingin aku coretkan disini. Namun kekangan masa membuatkan aku terpaksa melupakan blog ku buat seketika....Akibatnya aku jadi terkial kial untuk memuatkan coretanku disini kerana banyak yang aku terlupa.....Friday, 27 January 2012
Santai
Dua hari bersama hubby bersantai di Hot Spring, Sungai Klah, Perak. Keadaan terasa begitu berbeza, percutian tidak lagi menjadi sesuatu yang meyeronokkan untuk dinikmati.
Ternyata bila bercuti dalam keadaan kepala dipenuhi dengan pelbagai pemikiran dan persoalan, percutian bukan lah satu hal yang begitu mengembirakan, tak seperti masa masa lalu...... masa yang tak membebankan aku dengan minda seorang usahawan kerana aku hanya perlu bekerja ikut arahan dan cukup bulan dibayar gaji untuk aku nikmati. Sekarang tidak lagi. Semua itu sudah berlalu dari hidup aku kerana itulah destinasi yang aku pilih.
When someone asks you "why do you climb mountains ? you don't even want to bother answering, because they just don't understand. They don't get it. And so you end up saying something profound like, " Because its there..... "
Terkadang hati kecilku terasa sayu. Kesedihan yang tak terlahirkan. Benarlah, dalam memenuhi tanggungjawab dan mengejar impian harus ada pengorbanan. Tak ada yang lebih mengerti selain dari suami yang sering disisi. Dugaan yang datang, kesusahan yang terpaksa dilalui, hanya dia yang Allah bagi pada aku sebagai kekuatan. Apakah sebelum aku atau dia menutup mata, Tuhan mengizinkan aku membalasnya dengan kejayaan yang ku cita citakan dalam mengejar impian aku ?
Kini kepalaku dipenuhi dengan perancangan dan persoalan. Apa nak buat ? Bila nak buat ? bagaimana ? macamana ? Menempuhi berbagai rintangan dan halangan, sampai kehari ini hala tujuku masih kabur. sempatkah aku ? Apakah aku harus pasrah dengan suratan hidup aku seadanya ?
Apakah sudah tertulis begini perjalanan hidup aku, dipenuhi dugaan yang kekadang tak termampu aku membawanya dan ini yang membuatkan aku menangis, namun jauh disudut hatiku, aku redha. Aku hanya mampu berusaha dan meminta kerana segalanya milik Mu ya Allah.......
DO YOU BELIEVE IN MIRACLES ?

Wednesday, 25 January 2012
Impian dan harapan
Aku merasa semakin jauh dari dunia impian yang ku ciptakan sendiri......Hari hari yang kulalui, segala peristiwa yang ku tempuhi seolah olah membawa aku kedalam satu dunia yang amat berbeza, jauh dari apa yang aku rancangkan dan aku impikan. Aku merasa sayu, bertanya kepada diri sendiri : mengapa aku jadi begini ? Dimana kekuatan dan keyakinan diri ku selama ini ? Aku buka h/p dan membaca SMS dari RN ;
" Masih lagi masa menggilap tu, diamondnya belum nampak, teruskan menggilap. Insyaallah nanti timbul la diamond tu. Tuhan kata kejayaan untuk orang yang sabar dan bertaqwa... ! "
Saturday, 21 January 2012
Sketsa Hidup
Aku baru saja melepasi satu lagi fasa dalam hidup aku. Sketsa yang punya banyak lakaran yang hanya aku dapat memahami dan mentafsirkannya.Selepas ini apa lagi yang akan aku corakkan pada canvas hidup aku ? Hala tuju aku .....?
DO YOU BELIEVE IN MIRACLES ?
Tak siapa dapat memberikan jawapan yang tepat kerana hanya Allah s.w.t yang tahu dimana titik noktah perjalanan hidup kerana dunia hanyalah merupakan jambatan untuk kita sampai kesatu destinasi lain diseberang sana. Terima kasih Allah atas peluang yang Engkau berikan..
Tuesday, 10 January 2012
Hari Ini
SMS yang aku dapat dari RN hari ini ;
" Winners are ordinary people with extraordinary determination "
Kata kata semangat yang boleh aku sifatkan ia sebagai suntikan motivasi untuk ketika ini dan kata aku ;
" Winners are ordinary people with extraordinary determination "
Kata kata semangat yang boleh aku sifatkan ia sebagai suntikan motivasi untuk ketika ini dan kata aku ;
" Hopefully i am not going to be a looser ...."
Kata kawanku lagi ;
"Jauh disudut hati ni kan, harinya akan tiba.....you strike ! Berusaha sudah, berdoa pun sudah, tak kanlah Tuhan tak tolong kan .........? "
Satu soalan yang amat baik tapi siapa yang dapat memberikan jawapan untuk soalan ini selain dari Allah s.w.t .kerana Dia yang lebih mengetahui....
Simpati dari kawan dan kata katanya ini mungkin untuk menenangkan aku ;
" Selalu berdoa dan amalkan solat Dhuha ...."
" Selalu berdoa dan amalkan solat Dhuha ...."
Lalu kata aku pada dia ;
" Honestly cakap, kalau dulu kita cukup rajin solat Dhuha dan bangun bersolat malam, tapi dek tekanan dan dugaan yang bersileh ganti datang, kini semua tu bagaikan semakin jauh.....baki masa yang tinggal pun dah tak banyak......"
Apakah diri aku ni sememangnya jauh dari rahmat Allah ....ampuni aku atas segala dosa dosaku ya Allah. Berikan aku petunjuk Mu.........
Monday, 9 January 2012
Impian dan Realiti (4)
Realitinya.....merealisasikan impian tak semudah membina impian.Kekebalan aku tak seperti yang dijangkakan. Kini seakan tak mampu aku untuk terus meredah gelora memburu impian. Saat ini, dalam usia yang semakin menghampiri senja, bila pandangan mata tak secerah lampu, tulang empat kerat tak sekuat dulu dan urat saraf yang semakin kaku, aku mula merasa goyah, aku mula terhoyong hayang dan mungkin tiba suatu detik dan ketika, aku akan rebah......kerana aku tidak lagi gagah...
Teringat lagi kata kata RN; " Tak pe, teruskan usaha. Semua Tuhan punya. Kalau Dia nak bagi, mana mana hala ntah datangnya. Kalau Tuhan nak ambik, mana mana hala ntah perginya......."
Memang betul...semuanya milik Allah. Siapalah aku ini yang nak merajuk dan marah pada nasib. Yang berbaki kini hanyalah semangat dan kesabaran yang tak pasti setakat mana.......
(Al-Baqarah 2:284)

" Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
Ya Allah, andainya tiada peluang untuk aku, ampuni aku ya Allah kerana dalam keghairahan mengejar impian duniawi, aku kekadang terleka dan teralpa dalam melakukan penyerahan diri kepada Mu. Aku berdosa kerana sering mempersoalkan kenapa Allah beri aku begini dan bukan begitu ! Aku sedar jika aku mempersoalkan kenapa begini dan bukan begitu, berarti tiada keikhlasan dalam ibadahku kepada Mu. Semoga Allah kuatkan Imanku. Amin.
Impian dan Realiti (3)
Sejarah silam, zaman kelam yang cukup mengguris perasaan. Kesempitan dan kesusahan, penindasan dan rasa dipinggirkan....kisah hidup sedari kecil hingga meningkat dewasa, dugaan demi dugaan yang datang dan diri yang sering diselubungi kesedihan.. Itulah rentetan peristiwa yang telah dilalui yang akhirnya membentuk aku jadi begini. Aku yang sering merenung jauh kedalam diri kerap kali merasakan mengapa aku tidak sekalipun memiliki satu apa pun yang boleh dibanggakan ?
Mengapa aku tidak cemerlang ? Sekurang kurangnya untuk keluarga, untuk orangtua. Bertitik tolak dari situ lalu aku tanamkan azam dan aku ingin memiliki kejayaan ! Bukan untuk bermegah tapi untuk membuktikan bahawa aku juga boleh melakukan, boleh mencapai kejayaan seperti orang lain yang pernah cemerlang ! Aku mahu menjadi idola kepada anak anak yang aku lahirkan. Suatu ketika bila aku tiada, aku mahu mereka berbangga kerana memiliki ibu yang rajin berusaha dan berjaya dan itulah impianku. Ya Allah Ya Tuhan, adakah aku masih ada kesempatan ? Bersambung.............

Impian dan Realiti (2)
Namun.... ternyata dugaan yang datang tak semudah yang disangka. Mengharungi arus kepulau impian sebenarnya mendambakan bukan sedikit kekuatan. Aku ibarat pelayar bersampan kecil dilautan luas, kena mengharungi ombak dan gelora yang memerlukan bukan sedikit kekuatan........mampukah aku ? Kalau takdirnya baik, sampan itu pasti tidak akan terbalik dan apakah takdir aku sebaik itu ??? Bila ku renung jauh kedalam diri, hakikatnya nasib tidak pernah menyebelahi aku kerana yang bernasib baik itu bukan lah aku !
Mengapa aku harus bersedih ? Mengapa harus bersusah payah untuk mengejar dan mencapai apa yang aku cita citakan ? Mengapa aku begitu ghairah mencari dunia sedangkan aku sedar dunia ini hanyalah tumpangan sementara ? Mengapa aku masih mencari dan mencari sedangkan aku sedar sampai saatnya, dunia ini akan aku tinggalkan ? Tidak cukupkah segala kesederhaan yang aku miliki......? Dalam usia yang sudah semakin senja, perlukah aku melalui semua ini ? Tidak akan ada yang mengerti kecuali diri aku sendiri. Tidak akan ada yang lebih tahu kecuali suratan nasib dan takdir itu sendiri. Bersambung........

Impian dan Realiti (1)
Aku merasa semakin jauh dari dunia impian yang ku ciptakan sendiri......Hari hari yang kulalui, segala peristiwa yang ku tempuhi seolah olah membawa aku kedalam satu dunia yang amat berbeza, jauh dari apa yang aku rancangkan dan aku impikan. Aku merasa sayu, bertanya kepada diri sendiri : mengapa aku jadi begini ? Dimana kekuatan dan keyakinan diri ku selama ini ? Aku buka h/p dan membaca SMS dari RN ;
" Masih lagi masa menggilap tu, diamondnya belum nampak, teruskan menggilap. Insyaallah nanti timbul la diamond tu. Tuhan kata kejayaan untuk orang yang sabar dan bertaqwa... ! "
Impian dan Realiti -asal

Friday, 6 January 2012
Selamat Hari Lahir
Hari ini 7 Jan 2012, tarikh yang membawa satu perasaan kerinduan pada anak yang berada jauh diluar negara.Hari ini adalah harilahir anak ketiga iaitu anak bongsu dan satu satunya perempuan dalam keluarga.
Sunday, 1 January 2012
Dari Jendela Masa
Hari ini 1 Januari 2012......
Cepatnya masa berlalu.......Tahun datang dan pergi. Lambaian tangan tanda mengucapkan selamat tinggal 2011
Cepatnya masa berlalu.......Tahun datang dan pergi. Lambaian tangan tanda mengucapkan selamat tinggal 2011
Saturday, 31 December 2011
Yang Berlalu
26 December 2011
Cepatnya masa berlalu. Beberapa hari lagi 2011 akan melabuhkan tirainya. Lalu aku berkata kata pada diri sendiri, apakah yang ada di balik tabir kehidupan aku untuk tahun mendatang ? Masih mampukah aku merasa panasnya bahang mentari, masih terdayakah aku menahan sejuknya hujan dan dinginnya malam atau masih adakah waktu untuk aku menyedut udara menyambung kehidupan ?
Ya Tuhan, terima kasih untuk segala yang telah Engkau berikan........

Subscribe to:
Posts (Atom)