Semakin melangkahnya usia, semakin kehilangan banyak perkara. Sedar bahawa diri sedang diuji. Kekadang terfikir kenapa begitu menyusahkan diri hanya untuk hidup yang seketika ini ? Bagi aku jawapannya adalah....itulah sebenarnya kehidupan. Didunia kita diuji dan diuji sehinggalah sampai ketitik nokhtah yang bernama mati ! Selagi hidup, berusaha dan carilah ilmu dan milikilah kekayaan, kejayaan dan kebahagiaan kerana itulah tuntutan duniawi, tapi selalu waspada dalam berlari mengejar dunia, letak dan lekatkan akhirat dihati kerana tak siapa tahu bila kita akan mati...
.
(Al-Baqarah 2:45~46)
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
Setiap waktu aku berharapa dan berdoa, " Ya Allah Ya Tuhan, sebelum aku menutup mata.......berikan aku peluang menjadi orang yang berjaya tapi jangan pula Kau biarkan aku hanyut dalam memburu nafsu dunia. Aku mohon petunjuk Mu ya Allah dan ampunilah segala dosa dosaku Ya Allah. "
Namun, nun jauh disudut hati kecil ku berkata; Kalau aku diberi pilihan, aku tak ingin dilahirkan kerana aku takut pada hukuman Tuhan ! Berdosakah aku ............?
DO YOU BELIEVE IN MIRACLES ?
No comments:
Post a Comment