" Masih lagi masa menggilap tu, diamondnya belum nampak, teruskan menggilap. Insyaallah nanti timbul la diamond tu. Tuhan kata kejayaan untuk orang yang sabar dan bertaqwa... ! "
Merenung jauh kedalam diri, dalam usia yang sudah memasuki ke tahap ini, mampukah aku mengatur langkah, mengharungi segala dugaan dan halangan dalam memburu harapan. Dulu aku begitu yakin, punya kekuatan dan kekebalan dalam diri. Aku mempunyai tahap kesabaran yang kurasakan cukup tinggi. Aku yakin mampu menghadapi rintangan yang datang kerana merasakan aku sudah cukup bersedia. Pengalaman hidup, rentetan peristiwa telah membentuk aku menjadi insan yang tabah dan cekal. Berbekalkan keyakinan itulah, aku mengatur langkah memburu impian.Bersambung.....
No comments:
Post a Comment