Bahagia Perlu Dicari Tapi Kebahagiaan Orang Jangan Dicuri, Kelak Yang Retak Hati Sendiri ......
Cerita seorang kawan yang hidup bermadu,…….ada suami berpangkat dan berharta. Bussiness suami berjaya, mempunyai bangunan sendiri sampai keluar negara. Mereka adalah pasangan yang bahagia dan mempunyai anak…. Siapa tahu tiba tiba satu ketika suami meminta untuk pasang yang kedua…. dan pilihannya adalah staff ditempat kerja !!! Kata kawanku, dikala itu hati bagai direntap dan kepala bagai dihentak dengan lesung batu !
Apakah alasan dia untuk membantah dan menidakkan kehendak suami beristeri lagi kerana ia melebihi kemampuan ? Kerana takut berdosa, kerana taat kepada suami tercinta dan kerana agama juga menghalalkan cara, tiada alasan untuk menidakkan ! Dia sayangkan rumahtangga dan suami tercinta. Walau marah dan gelisah, akhirnya tetap bermadu. Maka akurlah wanita atas tuntutan, memenuhi kehendak suami berpoligami. Walau rela namun dihati tetap terluka.
Secara jelasnya, wanita atau isteri mana yang sanggup berkongsi kasih suami. Kerana taat, kerana mengharapkan payung disyurga, hiduplah wanita atau isteri dalam duka memendam rasa. Walau diwajah nampak ceria, orang melihat dia gembira kerana memiliki harta dan kemewahan segala, tetapi sengsara dihati siapa yang dapat merasa …..?
Apa lagi yang dapat aku katakan selain dari memandang kesedihan pada wajahnya dan berkata ; ohhhhh…Lin, I’m sorry…....
Hanya itulah sebagai tanda simpati, aku cuba memahami dan menyelami duka dihatinya kerana aku juga wanita …..
Hanya itulah sebagai tanda simpati, aku cuba memahami dan menyelami duka dihatinya kerana aku juga wanita …..
Persoalannya :
- Dalam soal harta kalau suami mampu tak apa….. tapi walau mampu dari segi kemewahan harta apakah mampu si suami berlaku adil dalam membahagikan cinta ?
- Ada wanita berkata dia rela, tapi benarkah tiada duka dihati dia ?
- Ada banyak wanita berkata, aku tak kan ambil dan kahwin suami orang tapi akhirnya dia bermadu juga !!??
- Kalau ada pilihan, adakah wanita yang ingin bermadu atau dimadukan ?
Adakalanya kita harus melihat kepada suratan takdir yang telah ditentukan ……
* Setiap orang ada jawapan dan alasannya sendiri……selamat membaca
No comments:
Post a Comment