TODD

" Knowledge Is a Comfortable And Necessary Retreat And Shelter For Us In An Advanced Age; And If We Do Not Plant It While Young, It Will Give Us No Shade When We Grow Old " Lord Chesterfield

About Me

My photo
" Determination, faith and believing in your God given abilities are still some of the keys to personal success " * DO YOU BELIEVE IN MIRACLES * ?

Friday 13 January 2012

Tabahkah Kita Jika Sering Ditimpa Dugaan..(1)

Hidup ini kadangkala terasa amat menyakitkan ! Hidup ini tidak adil ! Itulah kata kata orang yang kecewa kerana sering menerima tekanan dek dugaan. Kata kata yang keluar dari mulut akibat hati yang sudah banyak bergelut dengan kekecewaan dan pahit getir dalam meneruskan kehidupan.Kekadang terucap kata kata yang tak sepatutnya diucapkan; kenapalah aku dilahirkan kedunia kalau begini peritnya kehidupan ?

Berterusan dalam dugaan dan tekanan, mampukah kita kuatkan iman, menjadi insan yang sentiasa membuat penyerahan diri kepada Tuhan ? Mampukah kita menahan diri dari tidak melakukan dosa dan kesalahan kepada Tuhan ? Apa yang kita takutkan, andai lagi banyak dugaan yang datang, nanti pasti ada ketikanya kita tersungkur kerana silap percaturan lalu bertambahlah dosa kita pada Tuhan ! Kita sedar bahawa setiap insan pasti diuji dengan pelbagai ujian seperti firman Allah s.w.t dalam Surah Al’Ankabuut ,ayat 2~3 :
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang orang yang dusta.”
Kita baca dan kita tahu maksudnya tapi setabah mana hati kita dalam menempuh dugaan dan ujian yang sering datang seolah olah tanpa ada rasa kasihan ? Mengapa susah bila jadi orang baik dan mengapa yang jahat itu lebih bernasib baik ? Memang dunia ini tidak adil kan ? Yang baik selalu tertindas dan yang jahat selalu keatas ! Benarkah begitu ? Fikir fikirkanlah .....

 DO YOU BELIEVE IN MIRACLES ?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...