TODD

" Knowledge Is a Comfortable And Necessary Retreat And Shelter For Us In An Advanced Age; And If We Do Not Plant It While Young, It Will Give Us No Shade When We Grow Old " Lord Chesterfield

About Me

My photo
" Determination, faith and believing in your God given abilities are still some of the keys to personal success " * DO YOU BELIEVE IN MIRACLES * ?

Monday 9 January 2012

Impian dan Realiti (4)

Realitinya.....merealisasikan impian tak semudah membina impian.Kekebalan aku tak seperti yang dijangkakan. Kini seakan tak mampu aku untuk terus meredah gelora memburu impian. Saat ini, dalam usia yang semakin menghampiri senja, bila pandangan mata tak secerah lampu, tulang empat kerat tak sekuat dulu dan urat saraf yang semakin kaku, aku mula merasa goyah, aku mula terhoyong hayang dan mungkin tiba suatu detik dan ketika, aku akan rebah......kerana aku tidak lagi gagah...
Teringat lagi kata kata RN; " Tak pe, teruskan usaha. Semua Tuhan punya. Kalau Dia nak bagi, mana mana hala ntah datangnya. Kalau Tuhan nak ambik, mana mana hala ntah perginya......."
Memang betul...semuanya milik Allah. Siapalah aku ini yang nak merajuk dan marah pada nasib. Yang berbaki kini hanyalah semangat dan kesabaran yang tak pasti setakat mana.......

 (Al-Baqarah 2:284)

" Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
Ya Allah, andainya tiada peluang untuk aku, ampuni aku ya Allah kerana dalam keghairahan mengejar impian duniawi,  aku kekadang terleka dan teralpa dalam melakukan penyerahan diri kepada Mu. Aku berdosa kerana sering mempersoalkan kenapa Allah beri aku begini dan bukan begitu ! Aku sedar jika aku mempersoalkan kenapa begini dan bukan begitu, berarti tiada keikhlasan dalam ibadahku kepada Mu. Semoga Allah kuatkan Imanku. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...