TODD

" Knowledge Is a Comfortable And Necessary Retreat And Shelter For Us In An Advanced Age; And If We Do Not Plant It While Young, It Will Give Us No Shade When We Grow Old " Lord Chesterfield

About Me

My photo
" Determination, faith and believing in your God given abilities are still some of the keys to personal success " * DO YOU BELIEVE IN MIRACLES * ?

Wednesday 25 January 2012

Impian dan harapan

Aku merasa semakin jauh dari dunia impian yang ku ciptakan sendiri......Hari hari yang kulalui, segala peristiwa yang ku tempuhi seolah olah membawa aku kedalam satu dunia yang amat berbeza, jauh dari apa yang aku rancangkan dan aku impikan. Aku merasa sayu, bertanya kepada diri sendiri : mengapa aku jadi begini ? Dimana kekuatan dan keyakinan diri ku selama ini ? Aku buka h/p dan membaca SMS dari RN ;
" Masih lagi masa menggilap tu, diamondnya belum nampak, teruskan menggilap. Insyaallah nanti timbul la diamond tu. Tuhan kata kejayaan untuk orang yang sabar dan bertaqwa... ! "


Merenung jauh kedalam diri, dalam usia yang sudah memasuki ke tahap ini, mampukah aku mengatur langkah, mengharungi segala dugaan dan halangan dalam memburu harapan. Dulu aku begitu yakin, punya kekuatan dan kekebalan dalam diri. Aku mempunyai tahap kesabaran yang kurasakan cukup tinggi. Aku yakin mampu menghadapi rintangan yang datang kerana merasakan aku sudah cukup bersedia. Pengalaman hidup, rentetan peristiwa telah membentuk aku menjadi insan yang tabah dan cekal. Berbekalkan keyakinan itulah, aku mengatur langkah memburu impian.

Namun.... ternyata dugaan yang datang tak semudah yang disangka. Mengharungi arus kepulau impian sebenarnya mendambakan bukan sedikit kekuatan. Aku ibarat pelayar bersampan kecil dilautan luas, kena mengharungi ombak dan gelora yang memerlukan bukan sedikit kekuatan........mampukah aku ? Kalau takdirnya baik, sampan itu pasti tidak akan terbalik dan apakah takdir aku sebaik itu ??? Bila ku renung jauh kedalam diri, hakikatnya nasib tidak pernah menyebelahi aku kerana yang bernasib baik itu bukan lah aku !

Mengapa aku harus bersedih ? Mengapa harus bersusah payah untuk mengejar dan mencapai apa yang aku cita citakan ? Mengapa aku begitu ghairah mencari dunia sedangkan aku sedar dunia ini hanyalah tumpangan sementara ? Mengapa aku masih mencari dan mencari sedangkan aku sedar sampai saatnya, dunia ini akan aku tinggalkan ? Tidak cukupkah segala kesederhaan yang aku miliki......? Dalam usia yang sudah semakin senja, perlukah aku melalui semua ini ? Tidak akan ada yang mengerti kecuali diri aku sendiri. Tidak akan ada yang lebih tahu kecuali suratan nasib dan takdir itu sendiri ...
Sejarah silam, zaman kelam yang cukup mengguris perasaan. Kesempitan dan kesusahan, penindasan dan rasa dipinggirkan....kisah hidup sedari kecil hingga meningkat dewasa, dugaan demi dugaan yang datang dan diri yang sering diselubungi kesedihan.. Itulah rentetan peristiwa yang telah dilalui yang akhirnya membentuk aku jadi begini. Aku yang sering merenung jauh kedalam diri kerap kali merasakan mengapa aku tidak sekalipun memiliki satu apa pun yang boleh dibanggakan ?  Mengapa aku tidak cemerlang ? Sekurang kurangnya untuk keluarga, untuk orangtua. Bertitik tolak dari situ lalu aku tanamkan azam dan aku ingin memiliki kejayaan ! Bukan untuk bermegah tapi untuk membuktikan bahawa aku juga boleh melakukan, boleh mencapai kejayaan seperti orang lain yang pernah cemerlang ! Aku mahu menjadi idola kepada anak anak yang aku lahirkan. Suatu ketika bila aku tiada, aku mahu mereka berbangga kerana memiliki ibu yang rajin berusaha dan berjaya dan itulah impianku......
Realitinya.....merealisasikan impian tak semudah membina impian.Kekebalan aku tak seperti yang dijangkakan. Kini seakan tak mampu aku untuk terus meredah gelora memburu impian. Saat ini, dalam usia yang semakin menghampiri senja, bila pandangan mata tak secerah lampu, tulang empat kerat tak sekuat dulu dan urat saraf yang semakin kaku, aku mula merasa goyah, aku mula terhoyong hayang dan mungkin tiba suatu detik dan ketika, aku akan rebah......kerana aku tidak lagi gagah... Teringat lagi kata kata RN ;
" Tak pe, teruskan usaha. Semua Tuhan punya. Kalau Dia nak bagi, mana mana hala ntah datangnya. Kalau Tuhan nak ambik, mana mana hala ntah perginya......."
Memang betul...semuanya milik Allah. Siapalah aku ini yang nak merajuk dan marah pada nasib. Yang berbaki kini hanyalah semangat dan kesabaran yang tak pasti setakat mana.......
 (Al-Baqarah 2:284)

" Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
Ya Allah, andainya tiada peluang untuk aku, ampuni aku ya Allah kerana dalam keghairahan mengejar impian duniawi,  aku kekadang terleka dan teralpa dalam melakukan penyerahan diri kepada Mu. Aku berdosa kerana sering mempersoalkan kenapa Allah beri aku begini dan bukan begitu ! Aku sedar jika aku mempersoalkan kenapa begini dan bukan begitu, berarti tiada keikhlasan dalam ibadahku kepada Mu. Semoga Allah kuatkan Imanku.

DO YOU BELIEVE IN MIRACLES ?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...