TODD

" Knowledge Is a Comfortable And Necessary Retreat And Shelter For Us In An Advanced Age; And If We Do Not Plant It While Young, It Will Give Us No Shade When We Grow Old " Lord Chesterfield

About Me

My photo
" Determination, faith and believing in your God given abilities are still some of the keys to personal success " * DO YOU BELIEVE IN MIRACLES * ?

Friday 6 January 2012

Selamat Hari Lahir

Hari ini 7 Jan 2012, tarikh yang membawa satu perasaan kerinduan pada anak yang berada jauh diluar negara.Hari ini adalah harilahir anak ketiga iaitu anak bongsu dan satu satunya perempuan dalam keluarga.
Teringat setiap tahun, walau sesibuk manapun, aku dan hubby pasti  mencari ruang masa untuk meraikannya walau dengan cara yang cukup sederhana.Tapi kali ini, kami tidak dapat meraikannya bersama. Terbayang kerinduan pada wajah papa, mama macam biasa, kena selalu menyibukkan diri, jika tidak akan dibawa perasaan sayu.....
Hanya doa yang dapat mama dan papa sampaikan semoga anak yang berada jauh diperantauan dapat memegang amanah yang diberikan. Pergi menggalas harapan, pulangnya nanti membawa kejayaan. Ingat kata kata abang long sebelum berangkat keluar negara; "abang cuma harapkan engkau pergi sebagai orang dan balik pun jadi orang !" kedengaran seperti jenaka tetapi membawa  maksud yang berat tersirat..penuh.bermakna.
Perbanyakkanlah mencari ilmu kerana itu tuntutan duniawi. Ilmu harus kita cari dan akhirat kita gali untuk kesempurnaan hidup. Namun tidak dapat dinafikan, kita sebagai manusia yang lemah, sering terlalai dan teralpa dalam memburu duniawi,  kerana itu sentiasalah insafkan diri dengan meletakkan dunia dikaki dan lekatkan akhirat dihati supaya kita tidak lupa diri.

Setiap orang akan melalui waktu sepi dan rasa tersendiri, isilah masa itu dengan perkara yang berfaedah, lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Walau dimana kita berada sentiasalah harapkan keredhaan Nya. Jika jiwa sentiasa ada pengisian dan dekat dengan Allah, ikhlas melakukannya, Insyaallah hati kita akan tenang.
Mama dan papa sentiasa mendoakan keselamatan , kesihatan, kesejahteraan dan kejayan untuk anak anak
tersayang apatah lagi satu satunya anak perempuan dan berada begitu jauh diperantauan. Semoga Shadilla menjadi anak yang berjaya dan solehah. Itulah doa dan harapan.....Selamat hari lahir.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...