TODD

" Knowledge Is a Comfortable And Necessary Retreat And Shelter For Us In An Advanced Age; And If We Do Not Plant It While Young, It Will Give Us No Shade When We Grow Old " Lord Chesterfield

About Me

My photo
" Determination, faith and believing in your God given abilities are still some of the keys to personal success " * DO YOU BELIEVE IN MIRACLES * ?

Saturday 14 January 2012

Road to Success ..tak semudah seperti masuk highway (1)

No short cut to success, jangan ingat boleh berjaya dan jadi kaya dengan cepat dan mudah. Kalau hati tidak cekal dan tabah, kalau kena tolak sikit pun dah rebah, jangan bermimpi untuk melangkah kedunia perniagaan. Ia tidak semudah melalui lebuhraya untuk sampai kedestinasi......

Memang benar 9/10 dari rezeki adalah dalam perniagaan tapi hakikatnya hanya 1/10 yang benar benar berjaya. dan untuk tempatkan diri dalam kelompok 1/10 itu bukannya satu perkara mudah. Perlu persediaan rapi dari segi mental dan fizikal. Tanpa tubuh badan yang sihat, tanpa minda yang cergas, tanpa azam yang kuat disamping sokongan moral dari orang yang rapat, agak sukar untuk terus bergerak kehadapan jika terdapat rintangan. Kata bijak pandai, kejayaan berjalan seiring dengan pengorbanan. Pengorbanan ?  Persoalannya, sanggupkah kita melakukan pengorbanan untuk mencapai apa sahaja matlamat kita ? 
Menyusun ayat dan menaipkannya kedalam naskah yang pelbagai bentuk adalah mudah. Namun realitinya untuk menterjemahkan ayat ayat itu dalam bentuk perbuatan yang berpijak dibumi nyata adalah satu perkara yang berbeza dan tidak semudah menaip abjad. Hanya pengalaman dapat membuktikannya ! Anda bagaimana ?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...