" Sesungguhnya Keputusan Manusia Adalah Bergabung Dengan keputusan Allah s.w.t "
Masih terngiang ngiang di telinga kata kata ini yang disampaikan oleh seorang pakar motivasi terkemuka sewaktu mengikuti satu program di TV Al-Hijrah.
Bermula dari itulah.....hingga kehari ini aku yang tak punya ilmu dan pelajaran tinggi ini cuba mentafsirkannya dalam pelbagai bentuk......Bagaimana untuk memastikan bahawa apa yang berlaku, apa yang menimpa diri, buruk atau baik, apakah sudah ditentukan sebelum semuanya terjadi ? Aaahh.....makin aku fikirkan, semakin berat rasanya kepala aku yang kekurangan ilmu ini......atau bolehkah aku rumuskan maksudnya seperti ini ; perlaksanaan dan ketentuan oleh Allah s.w.t. Dalam ertikata lain : QADA dan QADAR...betul ke ?
No comments:
Post a Comment