TODD

" Knowledge Is a Comfortable And Necessary Retreat And Shelter For Us In An Advanced Age; And If We Do Not Plant It While Young, It Will Give Us No Shade When We Grow Old " Lord Chesterfield

About Me

My photo
" Determination, faith and believing in your God given abilities are still some of the keys to personal success " * DO YOU BELIEVE IN MIRACLES * ?

Thursday, 8 November 2012

Dunia oh dunia....

Sesekali bila merenung kembali apa yang telah aku lalui, sebenarnya banyak kepedihan dan keperitan terpaksa aku tempuh. Dalam sabar dan tawakkal, hati tetap terguris dan terluka.Namun dalam duka ada rianya, dalam tangis ada tawanya. Syukur kepada Allah walau dalam keadaan apapun, sentiasa ada yang mendampingi, aku tetap disayangi. Itulah Allah yang Maha Esa dan keluargaku yang tercinta.

Memang aku sedih, memang aku kecewa bila tidak berjaya dalam mengejar impian hidup. Berbagai usaha dan ikhtiar yang aku lakukan ! Aku bergerak dan aku jatuh. Aku bangkit dan ada ketikanya aku menangis kerana 'sakit' dan beginilah...Aku masih disini, orang yang sama, berada ditahap yang sama dan tidak mencapai suatu apa pun yang boleh dibanggakan ! Sesungguhnya ada kalanya aku terasa kehidupan ini adalah sesuatu yang kian membosankan ! Sesekali merasakan bodohnya aku ! betapa tidak beruntungnya aku ! atau malangkah aku.....???

Namun aku tidak alpa, aku sering muhasabah diri, jangan jadi orang yang 'lagha' dalam mengejar dunia. Aku beristighfar, aku berzikir dan aku berdoa.pada Allah s.w.t. Aku mengingatkan diri supaya bersyukur dengan apa yang telah Tuhan kurnia. Kalau sudah menjadi takdirku, bahawa kejayaan bukan milik aku, walau bertungkus lumus dan walau betapa tabah pun aku berusaha untuk mencari dunia, namun ia tetap menjauh dan kian jauh......kerana ia milik Allah yang mungkin ditakdirkan bukan untuk aku !

Tak mengapalah,  andainya sudah tersurat bahawa aku adalah salah seorang yang gagal dalam mengejar cita cita, gagal menggenggam kejayaan, gagal mengumpul harta dan kekayaan untuk kesenangan didunia......biarkanlah, aku redha terhadap ketentuan Mu ya Allah....

Aku tetap bersyukur kerana dikurniakan rahmat dan rezeki Mu walau bukan dalam bentuk kekayaan  harta dan wang ringgit. Aku bersyukur kerana diberi keluarga yang bahagia, anak anak yang sempurna dan sentiasa dilimpahi dengan kasihsayang dan itu adalah anugerah Allah yang tidak dapat dibeli  dengan wang dan harta kekayaan.

Terima kasih Ya Allah atas segala apa yang telah Engkau kurniakan padaku selama ini....


Wednesday, 7 November 2012

Doa dan Istighfar


Seperti biasa, selepas solat aku berdoa, berzikir, membaca ayat ayat suci. Itu pun aku lakukan bukan nya setiap waktu. Maklumlah, Iman tak sekental mana namun aku tetap berusaha menjadi hamba Allah yang baik.

Kali ini, sewaktu aku beristighfar, memohon keampunan dari Allah s.w.t, tiba tiba aku menangis, menangis semahu mahunya, airmataku yang bercucuran bukanlah lakunan atau paksaan tetapi ia benar benar lahir dari lubuk hatiku….tiba tiba seperti ada sesuatu yang menyentuh hati  kecilku….tidak dapat aku gambarkan bagaimana perasaan ku ketika itu, diri seperti terawang awang....hatiku benar benar tersentuh dan terasa amat sayu, tidak semena mena aku menangis, menangis terisak isak ! airmata terus bercucuran.....Ya Allah, betapa kerdilnya aku, betapa banyaknya dosaku padaMu ya Allah…Adakah Allah mengampunkan dosa yang telah kuperbuat sehingga ke detik ini…..?

Selesai bersolat, berdoa dan beristighfar pada Allah, aku masih terisak isak, airmataku masih tetap mengalir. Ya Allah, apakah ini petanda bahawa  MalaikatMu mengaminkan doaku seperti yang aku dengar  dalam kuliah dan takzirah….?  Apakah benar doaku telah sampai kepada Mu ya Allah…. Kata ustaz, jika semasa  kita membaca ayat ayat suci dan berzikir kepada Allah, hati kita merasa sayu lalu kita mengalirkan airmata dan menangis, itulah petanda bahawa kita disapa Malaikat dan Malaikat mengaminkan amalan dan doa kita. Jika benarlah begitu, syukur ku kepada Allah. Terimalah doa dan taubatku. Ampuni aku yang banyak berdosa padaMu  Ya Allah.

Lalu......jauh disudut hati aku mengharapkan, andai tiba masanya Kau ambil aku kembali kepadaMu, Kau ambillah aku disaat aku dalam keadaan suci dan bersih,  ambillah aku diwaktu aku menyerahkan seluruh jiwa ragaku kepadaMu dan jika kau izinkan, biarlah ku tinggalkan jasadku di dunia ini dalam keadaan yang suci bersih dan memudahkan sesiapa saja yang menguruskannya,  kau bersihkan aku dari segala dosa dosa…. Sesungguhnya,  aku sentiasa mengharapkan keberkatan serta rahmat dan redha Mu  ya Allah.

Amin.. 

Tuesday, 6 November 2012

Telur dan Ayam

Kekadang aku bertanya....bukan tanya sesiapa tapi tanya diri sendiri ; mengapa bila sebut telur, secara otomatik orang ingat telur ayam......!!???


Pasrah...

Bila sesekali fikiran melayang, mengira langkah yang telah ditinggalkan, terasa betapa beratnya dugaan dan penanggungan, betapa berharganya erti kesabaran. Airmata hanyalah sebagai sandaran supaya jiwa tidak terus tertekan. Menangis....menangislah, kerana kalau dengan melepaskan tangisan, selepas itu kita akan terasa lebih tenang....dan semoga kita akan lebih pasrah pada Allah !
Barangkali hidup tidak akan sesukar yang kita rasakan jika segalanya dipandang remeh tetapi sebagai insan yang dikurniakan akal yang sempurna, kita dibekalkan dengan kewarasan supaya menjadi orang yang baik walau pun tidak sempurna...dan itu bukanlah sesuatu yang mudah dalam keadaan yang serba mencabar...persekitaran yang sentiasa bergolak, mengasak keimanan dan keseimbangan kita dalam menerajui hidup dan memikul tanggungjawab didunia......


Monday, 5 November 2012

Teguran

Mengapa bila kita buat perbandingan sebagai contoh untuk membuat teguran kepada seseorang, seringkali mereka merasa marah dan tidak suka dengan perbandingan yang dibuat walaupun ia adalah bertujuan untuk menyedarkan kerana itu adalah salah satu contoh yang baik...


Harta kita

Sayangilah keluarga kita kerana mereka adalah anugerah Allah yang tidak ternilai buat kita....


Erti kehilangan.....

Hari ini 6 Nov. 2012. Jam sudah berada diangka 2am.
Wah....lama betul aku tak menjengah blog kesayanganku ini. Diam tak diam bulan November sudah datang, menandakan semakin hampir sampai ke bulan terakhir  di tahun 2012. Cepatnya masa berlalu...
Tadinya aku terkial kial untuk membuka blog ku ini, dah lupa username & passwordnya. Maklumlah dah berbulan bulan aku tak menyapa blog yang aku cipta ni. Mulanya hati dah risau kut kut kehilangan Blogku ini tapi berkat sabar, akhirnya Alhamdulillah...dapt aku buka kembali blog peribadiku ini.
Rindu benar rasanya untuk bermesra dengan blog ku ini. Banyak yang ingin aku coretkan disini. Namun kekangan masa membuatkan aku terpaksa melupakan blog ku buat seketika....Akibatnya aku jadi terkial kial untuk memuatkan coretanku disini kerana banyak yang aku terlupa.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...